Bantu kami menyempurnakan misi ihsan dan kemanusiaan
Kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam mahupun luar negara.Bantuan anda bakal menyelamatkan nyawa mereka.
Acara Terkini
Tajaan Anak Yatim
Ahmad seorang anak yatim berumur 8 tahun.
Ahmad membesar sambil menyaksikan bapanya bergelut dengan penyakit kanser.
Keluarganya melarikan diri ke kem pelarian di luar bandar utara Aleppo setelah mereka kehilangan semua akses kehidupan.
Ketika berusia 7 tahun, bapa Ahmad meninggal dunia. Sejak itu Ahmad tinggal bersama ibu dan kakaknya di dalam khemah.
Jumlah Semasa: RM0
Sasaran: RM3000
Abdul Rahman seorang anak yatim berusia 10 tahun.
Dahulu Abdul Rahman hidup bahagia bersama ibu, bapa dan 3 orang adik beradiknya. Bapanya merupakan seorang buruh binaan bergaji sederhana yang berusaha membahagiakan anak-anaknya.
Penantian Abdul Rahman berakhir dengan kekecewaan apabila bapanya diberitakan terbunuh dalam penjara kerana menerima seksaan yang berat.
Setelah kematian bapa, keluarga Abdul Rahman berpindah ke utara Syria dan menetap di dalam khemah di kem pelarian yang terletak di luar bandar, utara Aleppo.
Jumlah Semasa: RM0
Sasaran: RM3000
Mohammad seorang anak yatim berusia 10 tahun.
Dahulu Muhammad hidup aman bersama ibu, bapa dan saudara-saudaranya. Ayahnya seorang pekerja bergaji sederhana, namun sentiasa bekerja keras demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya.
Namun impian indah mereka tidak bertahan lama. Ayah Muhammad terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang meragut segala impian dan meninggalkan keluarga tempang tanpa ketua.
Jumlah Semasa: RM0
Sasaran: RM3000
Kes-kes kecemasan
Bayi 1 bulan tersebut adalah Reem Mubarak, seorang bayi Syria. Sejak dilahirkan, dia telah menghidap penyakit hidrosefalus atau lebihan cecair dalam otak.
Setiap hari, kepalanya akan membengkak sebanyak 1 cm akibat cecair dalam otaknya yang semakin bertambah.
Jika tidak segera dirawat, penyakit ini akan menjadi lebih teruk dan akhirnya membawa kepada maut.
Jumlah Semasa: RM6815
Sasaran: RM17600
Adik Reem Muhamad ialah seorang bayi Syria umur 7 hari yang sangat istimewa.
Dia tidak dilahirkan normal seperti bayi-bayi yang lain. Dia telah disahkan menghidap atresia usus atau kecacatan pada ususnya.
Sejak lahir, hidupnya penuh dengan tangisan akibat menanggung kesakitan yang amat sangat.
Jumlah Semasa: RM6200
Sasaran: RM6200
Belum sempat membuka mata, Shams, bayi Syria berumur 15 hari telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
Bapanya meninggal dunia enam bulan lalu sewaktu dia masih dalam kandungan. Dan selepas dilahirkan, ibunya pula telah dijemput tuhan beberapa kemudian.
Adik Shams dilahirkan di dunia tanpa sempat merasai kasih sayang ibu bapa. Dia juga tak mempunyai saudara mara atau keluarga yang lain.
Apa yang lebih menyedihkan, adik Shams dilahirkan dengan kecacatan tulang belakang, atau myelomeningocele dan hidrosefalus, iaitu lebihan cecair dalam otak.
Kedua-dua penyakit ini sangat serius dan jika tak dirawat segera, Shams mungkin akan mati!
Jumlah Semasa: RM32100
Sasaran: RM32100
+
Sukarelawan
+
Kanak-kanak ceria
+
penerima manfaat
126
+
Projek Amal
BERITA & BLOG
rakan kongsi kami
Siapakah kami:
Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:
kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy