Sunset in the mountains
our_news
Lebih daripada 100,000 orang di kem Syria menerima manfaat dari kempen Infaq Ramadan 2021

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dalam laporan pencapaiannya di bulan Ramadan, mengumumkan bahawa jumlah penerima bantuan dalam bulan Ramadan Al-Mubarak di Syria telah mencapai lebih daripada 100,000 orang.

Pencapaian ini adalah dengan kerjasama dapur amal Peduli Insan di utara Syria yang dapat berfungsi kerana sumbangan para dermawan di Malaysia pada hari-hari bulan Ramadan yang penuh barakah.

Dapur trsebut berusaha untuk menyediakan makanan enak dan panas kepada para penerima sebelum waktu Iftar.

Di sebalik itu, Peduli Insan Malaysia memberi  keutamaan kepada keluarga para syuhada dan anak yatim, kemudian orang sakit, orang miskin dan yang memerlukan.

Dan pada akhirnya, Peduli Insan Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan penderma di Malaysia atas apa yang telah mereka lakukan untuk membantu saudara-saudari mereka di Syria pada bulan Ramadan yang penuh barakah .. semoga Allah SWT membalas kebaikan kita semua. amin 
Sunset in the mountains
our_news
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia menghulurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Gaza
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia tidak teragak-agak untuk membantu saudara-saudari kita di Palestin sejak pertama kali pesawat rejim Zionis memulakan pengebomannya ke atas Gaza, ia mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen kemanusiaan kecemasnya "Peduli Aqsa", di mana melalui kempen ini Peduli Insan Malaysia telah menghulurkan bantuan perubatan, makanan dan bantuan logistik segera kepada orang-orang yang terjejas di kota Gaza dan  Al-Quds.

Manakala Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Ustaz M. Luqmanulhakim Mohd Redzuan) menunjukkan bahawa perpaduan Peduli Insan dan seluruh rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin bukan hanya kerana isu kemanusiaan, tetapi juga berdiri bersama pemilik tanah yang dirampas haknya. Kami akan tetap menyokong saudara-saudara kita di Palestin seboleh mungkin sehingga hak dikembalikan kepada pemiliknya.

Beliau juga menambahkan bahawa kempen "Peduli Aqsa" bukan kempen pertama dan terakhir bagi Pertubuhan Peduli Insan, tetapi kami akan berusaha untuk melancarkan kempen kemanusiaan tetap untuk menyokong saudara kita di Palestin secara berterusan, oleh kerana musibah mereka adalah musibah kami juga, dan kesakitan mereka adalah kesakitan juga bagi kami.

Dan pada akhirnya, Ustaz Luqmanulhakim mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha dan sumbangan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia dalam kempen ini, yang telah memberi manfaat kepada lebih daripada 15,000 keluarga hingga saat ini. 
Sunset in the mountains
our_news
Kumpulan Inteam secara rasmi dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Syria bersama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Hari Rabu
07 April 2021 
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dengan penuh sukacita melantiak Kumpulan Inteam sebagai Ikon Kemanusiaan Syria bagi tahun 2021-2022.
 
Perjumpaan itu dihadiri oleh Ust. Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan (Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) bersama Ust. Syed Ishak yang mewakili Pertubuhan Peduli Insan, dan pihak pasukan Inteam, dihadiri oleh Ust. Muhammad Hazamin Bin Harun, Ust. Syah Inteam dan Ust. Rahim Inteam.
 
Di mana Ust. Mohd Luqmanulhakim berkata bahawa perlantikan ini merupakan langkah penting dalam menuju kerja kemanusiaan, kerana ia akan mencerminkan kesan positif dan penting bagi saudara Syria kita yang menderita keadaan kemanusiaan yang sangat buruk.
 
Ust. Muhammad Hazamin menambah juga: Ini adalah hari yang besar bagi kumpulan kami, bahawa kami akan menjadi penyebab untuk meringankan penderitaan saudara-saudari kita di Syria melalui kerja kami yang akan datang bersama Pertubuhan Peduli Insan, Sesungguhnya kami sangat berbangga kerana kumpulan kami Inteam dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Syria.
 
Perlu diperhatikan bahawa kumpulan Inteam telah menyertai Kempen Musim Sejuk 20-21, yang dilancarkan oleh Pertubuhan Peduli Insan buat saudara Pelarian Syria, di mana Ust. Muhammad Hazamin dan isterinya turut serta dalam lawatan pasukan Peduli Insan di kem-kem Syria dan Lubnan untuk melaksanakan projek-projek Kempen Musim Sejuk 20-21 dan mengetahui keadaan kemanusiaan mereka.
Sunset in the mountains
our_news
Peduli Insan mula melaksanakan kempen Infaq Ramadan untuk musim kesepuluh
1 Ramadan 1442H
13 April 2021
Hari ini, Pertubuhan Peduli Insan telah mulai melaksanakan kempennya yang berulang setiap tahun bagi membantu para pelarian di kem utara Syria dan kem Irsal di Lubnan dengan nama (kempen Infaq Ramadan - musim kesepuluh).
 
Kempen Infaq Ramadan merangkumi pelancaran dua projek yang sangat penting, iaitu: projek kit makanan lengkap dan projek pengedaran juadah sahur dan iftar kepada pelarian Syria sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.
 
Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Ustaz. Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan) menjelaskan bahawa pelancaran kempen Infaq Ramadan berpunca dari kewajipan dan moral agama kita terhadap saudara Syria kita di kem memandangkan krisis dan tragedi yang mereka alami selama sepuluh tahun.
 
Beliau menambah juga bahawa kempen ini akan merangkumi dan meluas sampai berpuluh-puluh kem di Syria dan di Irsal dengan menyediakan kit makanan di gudang Peduli Insan kemudian mengedarkannya kepada yang memerlukan, selain pembukaan dapur-dapur kami sendiri yang akan menghasilkan puluhan ribu juadah sahur dan iftar setiap hari dengan mematuhi semua langkah berjaga-jaga untuk menjaminkan kesihatan dan keselamatan saudara kita pelarian Syria yang berada di dalam kem.
 
Beliau mengakhiri katanya bahawa adalah kewajiban  bagi semua orang untuk menyokong saudara kita di Syria, kerana mereka sekarang sedang melalui krisis ekonomi dan kemanusiaan yang tiada tandingannya, manakala Kami tidak boleh berdiri diam terhadap tragedi besar ini serta kezaliman yang menimpa mereka. Kami telah berjanji untuk tidak melupakan mereka dan bahawa rakyat Malaysia akan tetap bersama mereka sehingga kembali ke rumah dan bandar mereka.
 
Perlu diperhatikan bahawa kempen Infaq Ramadan -musim kesepuluh- bukanlah yang pertama dan tidak akan menjadi yang terakhir, oleh kerana Pertubuhan Peduli Insan menganggap isu pelarian Syria di dalam kem adalah masalah utama, dan membantu kanak-kanak, warga emas dan anak-anak yatim adalah salah satu keutamaan, terutama pada bulan Ramadan yang penuh barakah.
Sunset in the mountains
our_news
HAZAMIN INTEAM BEKERJASAMA DENGAN PERTUBUHAN PEDULI INSAN MENJADI SUKARELAWAN DI DALAM MISI KEMANUSIAAN DI SYRIA.
 Pada 22 Januari 2021, salah seorang dari anggota kumpulan nasyid Inteam, Saudara Hazamin Harun telah bertolak ke Turki bersama isterinya untuk bersama dengan pasukan Peduli Insan di dalam misi kemanusian musim sejuk 2020-2021 di Kem Pelarian yang terletak di pinggiran bandar Aleppo, berdekatan dengan sempadan Turki-Syria. 

Hazamin yang ditemani pasukan Peduli Insan telah memasuki kem pelarian Syria yang terletak di Azzaz, Syria. Kehadiran mereka disambut baik dan gembira oleh penduduk di kem itu terutamanya kanak-kanak. Mereka bersorak dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda cinta dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia di atas sumbangan dan bantuan kepada mereka. 

Hazamin juga menceritakan pengalaman detik-detik pertama saat tiba di Kem Pelarian Syria. 

“Sejujurnya, saya terasa sedih dan mengalirkan air mata saat melihat kanak-kanak tinggal di dalam khemah yang penuh dengan tanah dan lumpur. Kebanyakan jalan di sana penuh dengan lecak. Sayu hati melihat wajah-wajah penduduk di sana seakan sudah berputus asa dengan musibah dan tragedi yang menimpa mereka.” Terang Hazamin.


Tambahnya lagi, “Saya sering terbaca dan terdengar tentang keadaan para pelarian yang berada di kem-kem pelarian, tetapi saya tak menyangka yang keadaan sebenar mereka adalah seteruk ini. Kesejukan yang melampau, keperluan yang mendesak, keperluan asas yang mereka miliki sangat minima, dan pertambahan penduduk di kem yang semakin meningkat. Musibah yang mereka hadapi adalah antara tragedi terburuk buat penduduk dunia.” 

Sepanjang  misi Kempen Musim Sejuk berlangsung, Hazamin mengatakan bahawa keadaannya di sana sangat baik, Alhamdulillah. Segala bekalan dan keperluan musim sejuk seperti alat pemanas, bantuan makanan, pakaian sejuk serta selimut telah selesai diagihkan kepada penduduk di kem pelarian Syria. Lima kontena lori yang sarat dan penuh dengan muatan barang keperluan serta bantuan kemanusian telah berjaya diedarkan kepada kira-kira 10,000 pelarian yang berada di dalam kem pelarian. Bantuan ini adalah bagi meringankan penderiaan mereka ketika musim sejuk yang sangat menyakitkan ini. 

Hazamin mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa Kempen Musi Sejuk 2020-2021 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peduli Insan bakal disumbangkan kepada puluhan ribu rakyat Syria yang telah kehilangan tempat tinggal dan kini terpaksa berlindung di Kem Pelarian Syria. Kempen ini masih berlangsung dan sumbangan buat para pelarian Syria masih dibuka. 

Marilah sama-sama kita menghulurkan tangan dan meringankan beban penderitaan para pelarian Syria di kem pelarian pada musim sejuk ini. Sumbangan anda bakal menyelamatkan nyawa anak-anak kecil di sana. 
Sunset in the mountains
our_news
PASUKAN PEDULI INSAN BERTOLAK KE LUBNAN DAN SETERUSNYA KE SYRIA BAGI MEMBANTU PELARIAN SYRIA DI KEM PELARIAN.
 
Hari ini, 14 Januari 2021 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1442H, Pasukan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah bertolak ke Lubnan bagi menyampaikan sumbangan di kem pelarian Syria yang terletak di Irsal, Lubnan. Mereka kemudiannya akan ke Turki dengan tujuan untuk memasuki kem pelarian yang terletak di Utara Syria, iaitu di kawasan luar bandar Aleppo dan Idlib.

Misi kali ini bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana keadaan pelarian Syria yang berada di dalam kem, dalam masa yang sama memberi bantuan berupa barang keperluan mereka. Pasukan Peduli Insan sedaya upaya cuba untuk meringankan beban para pelarian lebih-lebih lagi pada musim sejuk yang estrim ini, ketika mana penderitaan semakin perit dan keperluan mereka semakin bertambah.

Pengerusi Peduli Insan, Ustaz Luqmanul Hakim berkata misi kali ini adalah sangat penting, di mana kehadiran tim Peduli Insan ini adalah pada ketika para pelarian berhadapan saat-saat paling sukar dalam kehidupan tahunan mereka. Suhu kini telah mencapai -5 darjah celcius. Ditambah lagi dengan hujan lebat serta banjir yang telah menenggelamkan khemah mereka menjadikan mereka terdesak untuk menerima bantuan.

Ustaz Azfar selaku Ketua Pengarah Program Kebajikan Peduli Insan pula berkata, ini adalah sekecil-kecil bantuan dan sumbangan yang dapat kita berikan kepada saudara pelarian Syria kita di kem pelarian. Tahun ini telah memasuki tahun ke-10 rakyat Syria berhadapan kesukaran selepas perang tercetus di negara mereka. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila mereka terpaksa mengharungi cuaca sejuk yang estrim ini tanpa bantuan alat pemanas yang menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih teruk.

Ustaz Yusri pula menerangkan bahawa misi kali ini adalah sebahagian daripada projek Kempen Musim Sejuk yang dilancarkan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bagi membantu rakyat Syria yang berada di kem pelarian. Ini adalah hasil dari sumbangan rakyat Malaysia kepada saudara pelarian Syria dalam usaha untuk meringankan beban mereka serta memberikan kelegaan dan kegembiraan terhadap segala kesukaran yang telah mereka hadapi selama ini.

Kempen Musim Sejuk yang dilancarkan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah bermula sejak bulan September 2020 dan berterusan sehingga penghujung Febuari 2021. Kempen ini merangkumi 6 projek penting yang bertujuan untuk memberi kehangatan kepada pelarian Syria sepanjang musim sejuk ini.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy