Objektif kami

objectives
mission

Misi kami

Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang isu kemanusiaan yang berlaku
serta melaksanakan program kemanusiaan yang pelbagai dalam memenuhi keperluan kemanusiaan kepada kumpulan sasaran.

Motto kami

Ihsan Demi Insan

motto
vission

Visi kami

Menjadi badan kebajikan yang terpenting dalam menangani isu kemanusiaan melangkaui sempadan

Volunteers

+
Sukarelawan

Happy kids

+
Kanak-kanak ceria

Beneficiary

+
penerima manfaat

Charity

126 +
Projek Amal

Child in Sun

Kenapa Syria

From 2011 to the present, there is still a series of wars in Syria that have resulted in widespread damage and destruction there. Even as the United Nations (UN) warned what was happening in Syria could lead to the "worst humanitarian crisis" of the century. According to them, to date more than 5.6 million Syrians have moved out of Syria and have settled in foreign countries, while more than 6.6 million have been forced to move from their hometowns to other settlements in Syria. Most of them lived in refugee camps provided on the Syrian border. Even more in-depth, according to a United Nations High Commissioner for Human Rights (UN) Michelle Bachelets statement that over 1,089 people including 304 children in North Syria have been killed in the attacks that were launched over April 29, 2019 until August 29. 2019 only. While figures by the Syrian Human Rights Watch (SOHR) say the death toll from the beginning of the war in 2011 to December 2019, has taken at least 585,000 lives.

Semua angka yang kita sebutkan di atas menunjukkan bagaimana keperluan mereka yang begitu besar dan memerlukan kepada perhatian yang selayaknya oleh masyarakat dunia bagi menyelamatkan mereka dan mengurangkan bebanan yang dihadapi.

PENDAHULUAN

Asas penubuhan NGO ini bermula dengan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Syria serta bagaimana keperluan untuk meringankan bebanan mereka. Maka, timbul ketika itu cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kemanusian di sana memandangkan masih begitu ramai yang berisiko kehilangan nyawa jika tidak menerima bantuan yang sewajarnya. Tumpuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) sehingga hari ini sudah tentulah lebih kepada misi kemanusiaan, seiring dengan visinya dalam menjaga isu kemanusiaan melangkaui sempadan.

Pertubuhan ini bergerak pada peringkat awalnya dengan nama SYRIA DI HATIKU yang merupakan salah satu sayap dari Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), yang dibina sebagai kesinambungan tradisi ilmu ulama di Syria. Skop utama Persidam ketika itu menanungi dan menguruskan beberapa institusi pendidikan di Malaysia. Bergerak bersama aktiviti pendidikan ini aktiviti-aktiviti kemanusiaan

Setelah bergerak seiring bersama beberapa tahun, demi mengembangkan lagi dua misi ini menjadi lebih luas, Ahli Jawatankuasa Persidam memutuskan untuk mengasingkan projek kemanusian bergerak dengan sendirinya atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) yang diasaskan pada tahun 2018.

Ketika ini, Insan Care tidak lagi menumpukan kerja kebajikan khusus untuk satu negara sahaja, bahkan berkembang dalam kerangka yang lebih luas meliputi negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan.

Sehingga kini misi kemanusiaan Insan Care dirangka dan dilaksanakan secara langsung dan aktif bukan sahaja di Syria tetapi juga di Malaysia. Ketika ini, Insan Care juga telah memiliki cawangannya sendiri di Turki dan Syria selain dua cawangan di Malaysia.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy