Suhu bawah 0°C. Saudara Pelarian Berdepan Risiko Hipotermia
Malam di Syria, Gaza, dan Yaman membawa angin sejuk, hujan, dan salji tebal. Tanpa pemanas, pakaian tebal, dan makanan, pelarian berdepan kesukaran untuk bertahan dalam cuaca sejuk yang melampau.
Sumbangan Anda Menjadi Dinding Pelindung & Selimut Hangat Buat Mereka
118,670
Penerima Manfaat di bantu
2,801
Pakaian Musim Sejuk dan Selimut
11,190
Juadah Panas
7,883
Barang Keperluan Asas Dan Roti
3 Negara. Satu Cabaran Hidup Yang Sama
Lihat keadaan yang dihadapi keluarga pelarian di Syria, Palestin dan Yaman ketika musim sejuk.
Syria
Suhu Ekstrem Kem Pelarian
Ribuan keluarga tinggal di dalam khemah usang tanpa alas tanah yang sempurna. Ancaman radang paru-paru (pneumonia) amat tinggi dalam kalangan bayi.
Keperluan Utama:
Bahan bakar & pemanas
Jaket, selimut & pakaian tebal
Makanan panas & kotak makanan
Gaza
Musim Sejuk Di Tengah Runtuhan & Kesusahan
Tanpa tempat tinggal yang sempurna dan kekurangan bekalan makanan berkhasiat, kesejukan malam dan banjir hujan akan menembusi tulang mangsa peperangan serta khemah yang mereka duduki.
Keperluan Utama:
Selimut & pakaian tebal
Khemah dan kanvas kalis air
Makanan asas & kotak makanan
Yaman
Krisis Kebuluran & Kesejukan
Gabungan krisis kebuluran berpanjangan dan angin sejuk di tanah tinggi menjadikan kanak-kanak Yaman berisiko tinggi terhadap penyakit dan kekurangan nutrisi.
Keperluan Utama:
Selimut dan pakaian tebal
Makanan Panas & kotak makanan
Pilih Pakej Kehangatan Anda
Setiap sumbangan dapat menyelamatkan nyawa dan menjadi pelindung kepada cuaca sejuk.
Tanpa sokongan anda, mereka akan terus tertekan dalam kesejukan
Bantu Mereka Harungi Musim Sejuk Tahun Ini
Kebaikan anda menghadirkan kegembiraan dan kehangatan kepada saudara di Syria, Palestin dan Yaman.
Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan musim sejuk memberi tumpuan kepada keperluan khusus untuk menghadapi cuaca sejuk, seperti jaket tebal, selimut, pakaian musim sejuk, makanan dan hidangan panas. Berbeza dengan kempen bantuan lain yang mungkin memberi tumpuan kepada makanan, air bersih atau bantuan kecemasan, kempen ini membantu keluarga pelarian menghadapi suhu rendah yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka.
Musim sejuk lazimnya berlangsung sekitar Disember hingga Februari atau Mac, bergantung pada negara dan keadaan cuaca setempat. Sepanjang tempoh ini, bantuan akan disalurkan secara berkala bagi memenuhi keperluan keluarga pelarian ketika menghadapi cuaca sejuk.
Antara bantuan yang disediakan ialah hidangan panas, jaket, selimut, pakaian musim sejuk dan bakul makanan asas.
Setiap sumbangan disalurkan melalui proses agihan yang dipantau oleh pihak Peduli Insan bersama rakan pelaksana di lokasi. Foto dan video agihan akan dikongsikan di media sosial rasmi Peduli Insan supaya penyumbang dapat melihat perkembangan bantuan yang dilaksanakan.
Ya. Peduli Insan menyediakan laporan audit sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pengurusan dana dilaksanakan dengan telus dan bertanggungjawab. Laporan ini boleh dirujuk di website rasmi Peduli Insan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan kewangan organisasi.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.
Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik
Bulanan
Daftar untuk sumbangan automatik bulanan secara selamat melalui rakan pembayaran kami,
InfaqPay Sdn. Bhd.
dengan mengklik butang di bawah