Serendah RM30 mampu memberi makan sekurang-kurangnya 2 orang. Infaq dan rebut ganjaran berpanjangan.
Sasaran: RM250,000
“Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, Allah akan memberinya buah-buahan dari syurga.” (Riwayat al-Tirmizi, 2449)
Masalah makanan bukan sekadar tiada atau kurang makanan. Ada keluarga yang terpaksa berjimat, mengurangkan hidangan atau memilih makanan yang kurang berkhasiat kerana dihimpit kemiskinan, konflik dan kekurangan keperluan asas.
Pendapatan rendah dan kos sara hidup tinggi menyebabkan keluarga terpaksa mengutamakan keperluan lain.
Masalah kesihatan boleh menjejaskan pendapatan, dan kemampuan keluarga mendapatkan makanan yang mencukupi.
Banjir, kemarau dan bencana lain boleh memusnahkan sumber makanan serta mengganggu kehidupan suatu keluarga.
Peperangan memusnahkan sumber kehidupan, mengganggu bekalan makanan dan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal serta pendapatan.
Lokasi terpencil dan kemudahan terhad serta kekangan menyukarkan bantuan serta bekalan makanan sampai kepada mereka.
Setiap bantuan yang disampaikan membawa satu kegembiraan buat yang memerlukan.
Makanan Panas & Keperluan Asas
Hidangan panas siap masak, pek sayuran segar, dan bakul barangan keperluan asas.
Penyediaan & Pembungkusan bantuan
Proses pembelian, penyediaan dan pembungkusan bantuan akan diuruskan sepenuhnya oleh Peduli Insan.
Agihan & Logistik Lapangan
Pengangkutan dan pengagihan terus ke kawasan sasaran bersama para sukarelawan di lokasi.
Sumbangan anda membantu keluarga memerlukan di Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia melalui bantuan yang paling diperlukan.
Kami percaya para penderma berhak untuk tahu bagaimana hasil derma mereka digunakan. Jadi, setiap bukti agihan dan laporan audit akan dikemaskini dari semasa ke semasa di sosial media serta laman web rasmi kami untuk rujukan para penyumbang.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.
Daftar untuk sumbangan automatik bulanan secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah
Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.
Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.