Bermula dengan pembinaan Madrasah Al-Ihsan di Ma'rib, Yaman, fasa pertama ini membantu 900 pelajar pelarian mendapat ruang belajar yang lebih selamat dan tersusun.
Hampir 10 tahun konflik di Yaman telah menjejaskan kehidupan jutaan penduduk, termasuk impian anak-anak untuk belajar.
Sekolah Musnah & Rosak
Banyak sekolah tidak lagi dapat digunakan akibat konflik, menyebabkan ruang belajar semakin terhad.
Tercicir Dari Sekolah
Ramai pelajar terpaksa berhenti belajar kerana tiada kelas atau tempat belajar yang sesuai di kem pelarian.
Terpaksa Membantu Keluarga
Sebahagian anak-anak menghabiskan masa mencari air atau membantu keluarga mencari rezeki untuk terus bertahan.
Institusi Pendidikan Yang Rosak atau Musnah Akibat Konflik
Solusi Fasa Pertama: Madrasah Al-Ihsan Di Yaman
Melalui Edu 4 Insan, Peduli Insan sedang mengusahakan pembinaan sekolah rendah di Ma’rib, Yaman sebagai solusi segera untuk anak-anak pelarian kembali belajar.
Fasiliti utama
9 bilik darjah, tandas, pejabat pentadbiran & bilik stor
Keluasan sekolah
2500 kaki persegi
Lokasi
Al-Shibwani, Ma'rib, Yaman
Manfaat
900 Pelajar
Yaman adalah permulaan. Matlamat Edu 4 Insan adalah untuk membantu lebih ramai kanak-kanak di bumi konflik lain mendapatkan semula hak mereka untuk belajar, dan membina masa depan lebih baik
Pilih pakej infaq anda
RM30
Sedekah Jariah
Bantu usaha pendidikan di Yaman.
RM100
Infaq Pendidikan
Bantu sediakan kelengkapan dan ruang belajar untuk anak-anak Yaman.
RM500
Infaq Pembinaan Sekolah
Menggerakkan usaha pembinaan sekolah dan menyediakan keperluan pendidikan.
RM1,000
Bina Masa Depan (1 Pelajar)
Buka peluang pendidikan untuk seorang anak Yaman kembali ke sekolah.
RM2,000
Bina Masa Depan (2 Pelajar)
Buka peluang pendidikan untuk dua anak Yaman kembali ke sekolah.
Penyumbang boleh menerima: e-sijil penyertaan, gambar perkembangan projek dan video lengkap selepas pembinaan sekolah dilaksanakan.
Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.
(Riwayat Muslim)
Soalan Lazim (FAQ)
Ini adalah inisiatif pendidikan Peduli Insan; Madrasah Al-Ihsan di Yaman menjadi fasa pertamanya.
Sekolah di Yaman ini merupakan sekolah pertama yang akan dibina di bawah kempen Edu 4 Insan, namun ia bukanlah yang terakhir. Kami akan terus membina sekolah secara berperingkat, satu demi satu, supaya lebih ramai kanak-kanak mendapat peluang Pendidikan.
Tempoh pembinaan bergantung kepada lokasi, saiz bangunan dan keadaan semasa di lapangan. Mengikut jangkaan, projek pembinaan sekolah ini boleh mengambil masa lebih kurang 8 bulan selepas pelaksanaan dimulakan.
Ya. Selain pembinaan sekolah, pelajar juga akan menerima bantuan pendidikan seperti beg sekolah, alat tulis, buku dan keperluan pembelajaran lain bagi membantu mereka belajar dengan lebih selesa dan berkesan.
Peduli Insan juga menyokong usaha pendidikan dan pembangunan sekolah di Malaysia apabila terdapat komuniti yang memerlukan bantuan. Sekolah di Yaman ini merupakan sekolah pertama di bawah kempen Edu 4 Insan. Dan kami akan terus membina sekolah secara berperingkat, satu demi satu, supaya lebih ramai kanak-kanak mendapat peluang pendidikan.
Sekolah ini akan dibina oleh pihak Peduli Insan melalui kempen Edu 4 Insan. Manakala, segala kos pengurusan lain termasuk yuran kemasukan, gaji guru, dan kos operasi harian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan Yaman.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.
Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik
Bulanan
Daftar untuk sumbangan automatik bulanan secara selamat melalui rakan pembayaran kami,
InfaqPay Sdn. Bhd.
dengan mengklik butang di bawah