TABUNG KECEMASAN BANJIR 2021
Rakyat Malaysia sekali lagi diuji dengan bencana banjir terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir adalah Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak.
Banjir kali ini bukan sahaja menenggelamkan kebanyakan rumah mangsa yang terlibat, lebih malang banyak juga rumah yang runtuh dan hancur akibat dimakan arus deras.
Hampir keseluruhan barangan dan harta benda rosak. Kebanyakan dari mangsa banjir kini hidup sehelai sepinggang.
Terpaksa hidup bermula dari kosong. Sedihnya sang suami melihat segala harta benda yang dimiliki hasil keringat mereka hancur begitu saja. Pilunya hati isteri memikirkan hilangnya seri dan kedamaian istana yang mereka bina dan pelihara selama ini.
Hancurnya hati anak-anak melihat segala pakaian dan permainannya hilang dan rosak dimamah lumpur.
Allahu rabbi..
Atas rasa tanggungjawab, prihatin serta Ihsan, kami dari Pertubuhan Peduli Insan Malaysia melancarkan Tabung Kecemasan Mangsa Banjir bagi membantu insan-insan yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda negara.
Pakej 1 - Pakej Ibadah ( telekung, sejadah, kain pelekat, quran, tasbih) RM 150 satu set
Pakej 2 - Pakej Ketenangan (tilam , bantal , selimut , ubat nyamuk lingkaran , mancis ) RM 150 satu set
Pakej 3 - Pakej Makanan ( dapur gas, beras , minyak masak , gula , garam ) RM 300 satu set
Pakej 4 - Pakej Barang Elektrik ( cerek elektrik, periuk nasi elektrik ) RM 200 satu set
Pakej 5 - Pakej Penuh – RM 800
Pakej Sumbangan Banjir Seikhlas Hati - ( jumlah kurang daripada RM150 juga diterima dan akan dikumpulkan menjadi 1 set ).