BASIL ARAFAT

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

orphan

Basil seorang budak lelaki comel berusia 5 tahun.


Walaupun masih kecil, namun ia telah menderita sejak dilahirkan. Basil telah kehilangan bapanya ketika berusia setahun. Bapanya terbunuh beberapa tahun lalu setelah rumah mereka yang terletak di kawasan luar bandar Damsyik dibom.

orphan

Ibu Basill berhijrah bersama datuk dan neneknya ke kem pelarian di utara Syria. Mereka tinggal di sana sehingga sekarang.


Keadaan Basil bertambah buruk apabila ibunya berkahwin dan berpindah ke tempat lain. Basil ditinggalkan bersendirian dengan datuk dan neneknya. Dia hidup sengsara kehilangan kedua ibu dan bapanya.

orphan

Di samping itu, kehidupan mereka mereka di kem pelarian juga sangat menyedihkan. Datuk dan neneknya sudah tua dan tidak boleh bekerja untuk memenuhi keperluan mereka.


Di sebalik semua kesusahan yang dilaluinya sehingga kini, Basil tetap optimis dengan kehidupannya. Basil bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak terkenal dan menjalani kehidupan yang bahagia dan stabil.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy