HUSIN AL-SOLEH

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

orphan

Husin seorang kanak-kanak yatim berusia 9 tahun.


Dahulu, Husin hidup gembira bersama ibu, bapa dan adik lelakinya. Bapanya seorang buruh binaan dengan pendapatan sederhana. Beliau bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk dua orang anaknya dan isterinya.

orphan

Pada usia 2 tahun, bapa Husin mati syahid akibat bom tong yang digugurkan di bandar Aleppo. Sejak itu, penderitaan keluarga ini bermula.


Kerana bimbangkan anak-anak, Ibu Husin melarikan diri ke kem pelarian di utara Syria dan menetap bersama keluarga kecilnya di sebuah khemah yang tidak menjanjikan keperluan asas yang cukup.


Ibunya melakukan usaha-usaha yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan, namun tidak berjaya. Situasi yang sudah sedia meruncing menjadikan hidup di kem pelarian semakin buruk dan sukar.

orphan

Husin mengimpikan dia diberi peluang untuk belajar, walaupun duduk di atas tanah tanpa kerusi dan buku. Sementara menanti impian menjadi realiti, ia mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan menenangkan jiwa dengan bermain basikal dari khemah ke khemah. 


Mari kita  hulurkan bantuan kepada keluarga Husin dan cuba ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy