Sunset in the mountains
our_news
PEDULI INSAN BEKERJASAMA DALAM KEMPEN KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU RAKYAT KASHMIR

Hari ini, Jumaat, 8 Januari 2021 bersamaan 24 Jamadil Awal 1442H telah berlangsung pertemuan di antara pertubuhan MAPIM yang diwakili oleh Cikgu Azmi selaku pengerusi MAPIM, dan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang diwakili oleh pengerusinya, Ustaz Luqman bersama dengan duta besar Pakistan di Malaysia bagi membincangkan isu berkaitan bantuan buat pelarian di Kashmir.

Dalam pertemuaan itu, banyak isu yang telah dibincangkan. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah topik berkaitan isu kemanusiaan pelarian di Kashmir. Hasil dari perbincangan itu, masing-masing bersetuju dan menegaskan tentang kewajipan menghulurkan bantuan kepada pelarian di Kasymir dan juga keperluan memberi bantuan kemanusiaan buat mereka di sana.

Cikgu Azmi yang juga merupakan Pengerusi Mapim menegaskan bahawa isu Kashmir ini bukan cuma merupakan masalah bagi sesebuah negara, bahkan ia adalah isu umat Islam keseluruhannya. “Kita semua adalah umat Islam dan kita perlu merasai kesakitan, kezaliman serta penganiayaan seperti apa yang dirasai oleh umat Islam di Kashmir.” Katanya.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Ustaz Luqman pula berkata “Sudah menjadi kewajipan kita untuk bersama-sama serta mempertahankan situasi kemanusiaan saudara kita yang menjadi pelarian di Kashmir. Kita yakin kerjasama yang dijalinkan di antara pertubuhan-pertubuhan ini akan menghasilkan impak serta kesan positif buat pelarian di Kashmir. Dalam masa yang sama akan meringankan lagi penderitaan saudara kita di sana.”

Mengikut laporan, India telah mengepung wilayah Kashmir dan memutuskan hubungan serta komunikasi penduduk di sana dengan dunia luar. Selain itu, mereka juga telah menangkap pemimpin-pemimpin politik Kashmir. Penduduk-penduduk Kashmir sehingga kini masih menuntut serta memperjuangkan hak mereka setelah ditindas serta diusir.

Sunset in the mountains
our_news
YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal) mengunjungi rumah gudang Peduli Insan
YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal) mengunjungi rumah gudang Peduli Insan: Pada 4-5-2020 Masihi, bersamaan dengan 19-4-1442 hijrah, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia menyatakan penghargaannya atas kunjungan dari pihak YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal) di Selangor. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengetahui perkembangan terkini tentang pekerjaan pengumpulan, penyusunan dan keperluan kontena No. 17-18-19 di rumah gudang Peduli Insan. Saeed Zakaria (Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Peduli Insan) menekankan pentingnya kunjungan YB Tuan Mohd Zawawi, ketika kami memberi penerangan kepadanya mengenai perkembangan terkini mengenai mekanisme yang kami ikuti berkaitan dengan kontena, bermula dengan menerima sumbangan barangan, mengumpulkan, menyusunnya dan menghantarnya ke kem pelarian Syria lalu mengedarkannya kepada mereka yang memerlukan. Encik. Saeed menambah juga bahawa kunjungan jenis ini memberi insentif bagi kami dan para sukarelawan untuk memperhebatkan usaha dan meneruskan projek-projek seperti ini, yang akan menyumbang untuk meringankan penderitaan saudara pelarian Syria kita di dalam kem, terutama pada hari-hari musim sejuk, ketika salji turun, hujan lebat, banjir dan ribut yang mencabut khemah mereka. Perlu diketahui juga bahawa Pertubuhan Peduli Insan menghantar kontena-kontena No. 17-18-19 bekerjasama dengan Pertubuhan-Pertubuhan kemanusiaan lain di Malaysia, iaitu: MFS, GPM, MVM, Cinta Syria Malaysia (CSM), MyFund Action, Rizq Ar-Rahman dan NGO Haluan.
Sunset in the mountains
our_news
Dengan kerjasama pertubuhan rakan lain, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah menghantar tiga kontena bantuan buat pelarian Syria di Lubnan.
Dengan kerjasama pertubuhan rakan lain, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah menghantar tiga kontena bantuan buat pelarian Syria di Lubnan: Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, dalam Kempen Musim Sejuk 20-21, telah menghantar pada hari Jumaat 5-12-2020 Masihi, bersamaan dengan 20-4-1442 Hijriah, kontena No. (17,18,19) buat pelarian Syria di kem "Ersal" dan "Bekaa" di Negara Lubnan. Kerja ini dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan kemanusiaan lain di Malaysia, seperti: MFS, GPM, MVM, Cinta Syria Malaysia (CSM), MyFund Action, Rizq Ar-Rahman dan NGO Haluan. Ketiga-tiga kontena mengandungi sejumlah besar bekalan yang diperlukan oleh pelarian Syria, seperti makanan, pakaian, susu bayi, lampin untuk kanak-kanak dan orang tua, selain hand sanitizer dan topeng muka bagi mencegah penyebaran virus Corona. Ustaz Luqman Redzuan (Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) berkata: Kami melancarkan projek ini dengan kerjasama pertubuhan rakan kami sebagai sebahagian daripada kempen musim sejuk. di mana Sukarelawan Peduli Insan dan pertubuhan rakan lain telah menerima semua sumbangan di gudang Peduli Insan, Namun, barang-barang sumbangan itu dikumpulkan dan disusun mengikut jenisnya, dan kemudian diletakkan di dalam kotak yang ditetapkan sebelum proses penghantaran, di mana ia akan diedarkan kepada pelarian Syria mengikut senarai yang ditetapkan oleh kami, dengan memberi keutamaan kepada keluarga para syuhada, termasuk janda, anak yatim dan orang-orang yang sangat memerlukan. Beliau menambahkan juga: Kami memilih kem pelarian Syria di Lubnan kerana mereka sangat memerlukan bantuan seperti ini, di mana suhu cuaca di sana mencapai lima darjah di bawah aras sifar, dan ketebalan salji mencapai lebih kurang 50 cm. Dalam masa yang sama, mereka tidak mempunyai pemanas atau pakaian tebal bagi melindungi anak-anak dan pesakit-pesakit mereka dari kesejukan musim sejuk. Perlu diingat bahawa projek ini bukan satu-satunya yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan, tetapi ia adalah sebahagian daripada kempen musim sejuk 20-21 yang dilancarkan oleh Pertubuhan tersebut pada beberapa hari yang lalu melalui tiga projek bantuan, sokongan pendidikan, perawatan kesihatan, dan menyediakan alat pemanasan bagi pelarian Syria yang tinggal di kem, dalam usaha untuk meringankan beban dan penderitaan mereka.
Sunset in the mountains
our_news
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan kempen musim sejuk 20-21 untuk menyampaikan kehangatan kepada hati para pelarian Syria
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan kempen musim sejuk 20-21 untuk menyampaikan kehangatan kepada hati para pelarian Syria: Dengan musim sejuk yang hampir menjelang pada tahun 1441H - 2020M, dan dalam berusaha untuk terus membantu orang Syria yang kehilangan tempat tinggal, pertubuhan (Peduli Insan) melancarkan kempen musim sejuk 20-21 untuk menyokong pelarian yang tinggal di kem di kawasan-kawasan di utara Syria dan kem Ersal di negara Lubnan, mengesahkan kepentingan perpaduan Islam bersama antara rakyat Malaysia dan Syria, masing-masing saling membantu dalam masa kesusahan dan krisis. Kempen Musim Sejuk mengandungi tiga projek besar, ia akan berterus hingga Februari depan, dan projek-projek tersebut adalah: (projek pemanas (heater) - projek pakaian - projek kit makanan), yang mensasarkan (warga emas - anak yatim - orang kurang upaya (OKU) - orang fakir miskin - dan keluarga tanpa pencari nafkah). Ustaz Luqman (Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan) berkata: Kempen Musim Sejuk adalah tugasan wajib dari segi agama, syariah dan akhlak terhadap saudara-saudara kita yang behijrah ke kem-kem di wilayah utara Syria dan kem Ersal, Kerana kami tidak menerima untuk melihat anak-anak Syria mati akibat kesejukan atau menderita banjir berterusan yang memasuki khemah mereka yang usang tanpa memberi sebarang bantuan kepada mereka sekeluarga, inilah misi kami selama lebih dari lapan tahun. Ustaz Luqman menambah: Matlamat kami adalah untuk memberikan bantuan kepada hampir 150,000 keluarga melalui pengagihan yang akan bermula pada bulan depan dan yang akan berterusan sehingga akhir musim sejuk, in sya Allah. Ustaz Luqman menjelaskan isi kandungan projek dan berkata: Projek itu adalah projek bantuan yang membantu pelarian Syria melindungi badan mereka dari kedinginan musim sejuk, salji tebal dan banjir yang berterusan. Di mana projek pemanasan mengandungi (bahan api seperti minyak diesel – kayu api – pemanas (heater) ), sementara projek pakaian mengandungi (topi - mafla – sarung tangan - stokin), dan yang terakhir merupakan projek kit makanan. Perlu diperhatikan bahawa Kempen Musim Sejuk adalah salah satu projek musiman yang paling penting bagi Pertubuhan Peduli Insan kerana keperluan yang mendesak oleh pelarian Syria untuk kempen jenis ini, di mana ia membantu mereka menghadapi kedinginan musim sejuk dan penyakit-penyakit yang timbul akibatnya.
Sunset in the mountains
our_news
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia & Rizq Ar Rahman mengedarkan kurma kepada pelarian Syria
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia & Rizq Ar Rahman mengedarkan kurma kepada pelarian Syria: Pertubuhan "Peduli Insan Malaysia" bekerjasama dengan yayasan "Rizk Ar Rahman", menjalankan aktivitinya yang diwakili oleh "Kempen pengedaran kurma" pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441 H - 2020M. Dengan tujuan untuk membantu pelarian Syria yang telah dipindahkan dari kediaman mereka dan berakhir di kem utara Syria. Program amal ini adalah salah satu program amal yang sangat dipentingkan oleh pertubuhan Kerana ia berpunca dari prinsip-prinsip agama Islam kita yang sejati dalam kebaikan Ihsan dan bersedekah kepada orang lain, Dan kerana buah ini merupakan makanan penting bagi keluarga Muslim, dan ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan mengatakan: (rumah yang di dalamnya tidak ada kurma maka penghuninya itu lapar) Di mana hampir lima tan kurma diedarkan kepada ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal Terutama keluarga-keluarga yang mempunyai seorang dengan keperluan khas (OKU) dan keluarga tanpa sokongan kewangan, Di dalam kawasan (Azaz - Efrin - Al-Bab - desa Idlib) Sebagai hadiah kepada mereka selama bulan Ramadhan. Para pelarian yang mendapat bantuan ini mengucapkan terima kasih dan kepada Malaysia, Raja, pemerintah dan rakyat, Menekankan bahawa kempen ini menambah rekod bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh Malaysia kepada rakyat bumi Syam. Perlu diperhatikan bahawa "Peduli Insan" bukan hanya kempen ini yang dilakukan pada bulan Ramadhan Al-Mubark Ia bahkan merupakan tambahan baru untuk kempen “Infaq Ramadhan Syria” Dan di mana melaluinya telah melaksanakan tiga projek besar untuk memberi makanan kepada orang puasa dari pelarian Syria sepanjang hari-hari bulan Ramadhan al-mubarak.
Sunset in the mountains
our_news
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Berkongsi Kebahagiaan dengan kanak-kanak Syria Melalui Projek "Qurban 4 Ummah" dan "Sedekah Adha"
Projek "Qurban 4 Ummah" merangkumi kira-kira 300 Qurban: yang dibahagikan seperti berikut (25 ekor lembu - 15 ekor unta - 260 ekor kambing) Di mana lebih daripada 15,000 keluarga saudara Syria di kem Syria utara dan kem Ersal di Lubnan telah mendapat manfaat daripada projek ini. sementara jumlah penerima manfaat dari projek “Sedekah Adha” telah mencapai hampir lima ribu keluarga, Di mana ia termasuk: (orang tua - anak yatim - orang kurang upaya - orang miskin dan yang memerlukan - dan keluarga yang tidak mempunyai sokongan kewangan) Di dalam kem-kem yang tersebar di desa Aleppo, Idlib dan Ersal, lubnan. Ketua pasukan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria menyampaikan kepada kami ucapan terima kasih daripada keluarga-keluarga kepada negara malaysia amnya dan kususnya kepada para penderma dalam projek amal ini, Syria kerana mereka mendapatkan potongan daging setelah tidak memakannya selama berbulan- bulan akibat keadaan sukar yang mereka sedang lalui. beliau menambah bahawa projek jenis ini juga menyumbang untuk membawa kegembiraan dan kesenangan kepada hati anak-anak miskin yang sedang menunggu ketibaan hari raya untuk makan juadah kegemaran mereka, iaitu nasi dengan daging. beliau menambahkan: bahawa pelarian Syria mengalami kehidupan yang sukar memandang keadaan ekonomi yang mereka lalui. di mana semua orang di sini terpaksa meninggalkan kediaman dan kampung mereka dan melarikan diri darinya akibat perang yang berterusan di sana, di samping itu, kebanyakan keluarga tidak mempunyai pencari nafkah kerana mereka kehilangan anak-anak mereka akibat perang yang berlaku di sana selama lebih dari sepuluh tahun. Perlu diperhatikan bahawa Pertubuhan Peduli Insan Malaysia memberi tumpuan dalam projek Amal "Qurban 4 Ummah" dan "Sedekah Adha" untuk menyebarkan konsep pemberian dalam masyarakat Islam dan melukis senyuman di wajah pelarian Syria semasa hari-hari Idul Adha al-mubarak, kerana kesempatan ini adalah peluang untuk memberi kegembiraan, kasih sayang dan menanam semangat perpaduan di kalangan umat islam.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy