Ratusan ribu keluarga berisiko maut kesejukan merayu diberikan bantuan segera!

Menjelang penghujung setiap tahun, ia pasti menjadi kerisauan besar buat saudara kita. Musim sejuk adalah mimpi ngeri buat mereka. Mana tidaknya, selepas nyawa mereka terselamat dari serangan bom dan peluru, kini nyawa mereka sekali lagi akan diancam dengan kedinginan musim sejuk yang mencengkam.




MUSIM SEJUK ADALAH AZAB

Musim sejuk tak seindah yang kita gambarkan. Salji tak seindah yang kita lihat di televisyen. Hakikatnya ia adalah satu penyeksaan buat mereka yang sedang berhadapan dengannya.

Menghadapi suasana musim sejuk yang ekstrim tanpa persiapan yang mencukupi adalah satu kesakitan dan azab. Bahkan ia adalah satu tindakan yang merbahayakan nyawa.

Baju tebal, selimut tebal, pemanas, makanan, bahan pembakar, karpet tebal, stoking, kasut dan topi antara keperluan asas yang perlu dimiliki setiap individu serta keluarga.


KEPERLUAN MEMBANTU PELARIAN SYRIA

Atas dasar ihsan dan tanggungjawab, kami di Peduli Insan sekali lagi menganjurkan kempen Musim Sejuk pada tahun ini bagi membantu saudara-saudara yang memerlukan.

Pada tahun ini, kami mensasarkan untuk memberi bantuan kepada lebih 200,000 pelarian dan saudara kita yang memerlukan.


SELIMUT KASIH SYRIA

Selimut Kasih Syria adalah sebuah kempen di bawah Kempen Musim Sejuk yang bantuan dan sumbangannya adalah khusus kepada barangan keperluan yang membantu mengurangkan kesejukan serta mempertahankan para pelarian dari kedinginan yang ekstrim.

Antara bantuan yang akan kami sampaikan kepada mereka melalui kempen ini adalah:

- Bahan bakar (berin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)

- Pakaian (baju tebal, topi, mafla)

- Stoking dan kasut

- Alat Pemanas

- Selimut tebal

- Karpet




SUAPAN KASIH SYRIA 

Suapan Kasih Syria satu kempen yang memfokuskan kepada bantuan makanan kepada rakyat Syria yang berada di Kem Pelarian Syria di Turki, Lubnan & Utara Syria.

Melalui kempen ini, bantuan berupa makanan panas dan juga bakul makanan yang mengandungi barangan makanan asas akan diagihkan kepada pelarian Syria yang boleh digunakan sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 minggu.

Selain itu, Peduli Insan juga bersedia untuk melaksanakan   sembelihan kambing buat ibadah aqiqah, sedekah dan nazar . Daging sembelihan itu akan diedarkan kepada penduduk di kem pelarian yang hanya berpeluang untuk menjamah daging setahun sekali sahaja. 





BANTUAN BUAT PALESTIN & YAMAN

Selain pelarian Syria, rakyat Palestin dan Yaman juga antara yang wajar kita bantu menjelang musim sejuk ini.

Mereka adalah saudara kita yang masih ditindas dengan kejam hingga ke saat ini. Kehidupan sebagai mangsa kekejaman dan pengeboman di negara sendiri sangat menyakitkan jutaan saudara kita di bumi Palestin dan Yaman. Lebih-lebih lagi saat kesejukan menyinggah untuk beberapa bulan lamanya.

Sedikit bantuan yang kita hulurkan kepada mereka pasti akan memberi kelegaan besar buat mereka yang selama ini hidup dalam kesengsaraan di tanah Palestin dan Yaman.



HARAPAN KAMI

Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk turut bersama kami menjayakan kempen Musim Sejuk Syria, Palestin dan Yaman pada tahun ini.
Kami mensasarkan untuk membantu sejumlah 200,000 orang pelarian yang memerlukan pada misi kali ini. Hakikatnya, jumlah sebenar pelarian yang memerlukan bantuan saat ini adalah melebihi 2 juta orang.

Dalam masa yang sama, bantuan musim sejuk yang sama juga kita akan sampaikan kepada seramai mungkin saudara kita di Palestin dan Yaman. Menjadi tanggungjawab kita selaku saudara semuslim untuk melindungi mereka dari kedinginan ekstrim yang mungkin bakal meragut nyawa mereka.


Allah berfirman dalam surah Al-Maidah, ayat 32:

“Menyelamatkan satu nyawa manusia ibarat menyelamatkan seluruh umat manusia.”


'Ihsan Demi Insan'

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy