Dalam masa 6 bulan, seramai 700 orang tahanan meninggal dunia dalam penjara di Hama

humanitarian

2020-09-12


post
Organisasi ” Kebenaran dan Keadilan Syria” mengumumkan pada hari Rabu bahawa tentera rejim telah memberitahu keluarga para 700 banduan tentang kematian mereka sejak awal tahun 2019. Organisasi tersebut menjelaskan dalam laporan yang dipaparkan dalam laman web resmi bahawa kerajaan telah menghantar notis kepada Pusat Pendaftaran Awam tentang kematian para tahanan. Sijil kematian telah diserahkan kepada keluarga mereka tanpa jasad. Rangkaian Asasi Hak Kemanusiaan Syria mendedahkan dalam sebuah laporan hujung April bahawa tentera rejim telah memberitahu Pusat Pendaftaran Awam tentang kematian 890 tahanan sejak bulan Mei 2018. Tentera rejim menahan ratusan ribu orang atas sebab-sebab politik dan mereka diseksa dengan teruk. Ini menurut sumber tempatan, kawasan dan laporan Hak Asasi Kemanusiaan berdasarkan dokumen, gambar, hasil rakaman dan saksi yang terselamat. Akhbar New York Times mendedahkan perincian tetang kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim Syria terhadap ribuan tahanan dalam penjara dibawah kempen menindas dan mendiamkan para pembangkang. Dan akhbar itu dalam sebuah laporan yang diterbitkan bulan lalu mengenai surat-surat kerajaan yang mendokumenkan tahanan, penyeksaan, dan kematian di penjara, serta surat-surat tersebut telah diseludup di luar Syria yang akhirnya diperoleh oleh penyiasat Suruhanjaya Antarabangsa Juris. Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa pegawai keselamatan senior mengetahui tentang pelanggaran yang dilakukan di dalam penjara, dan mereka yang memerintahkan untuk menindas orang awam dan melayan sesetengah tahanan dengan keras. Lebih daripada 6 ribu kes penangkapan baru sewenang-wenangnya direkodkan tahun lalu yang merupakan satu perempat lebih daripada tahun sebelumnya. Dan laporan itu menunjukkan lebih daripada 128 ribu rakyat Syria yang ditahan dan tidak pernah dibebaskan, mereka sama ada terbunuh atau masih dalam penjara Akhbar itu menambah lagi bahawa sekitar 14 ribu orang terbunuh akibat penyeksaan dalam penjara dengan keadaan yang sangat teruk dan disifatkan sebagai “genosida” oleh pihak UN. Sumber: Rangkaian Aljazeera

please share on:

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy