Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan kempen musim sejuk 20-21 untuk menyampaikan kehangatan kepada hati para pelarian Syria

our_news


post
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan kempen musim sejuk 20-21 untuk menyampaikan kehangatan kepada hati para pelarian Syria: Dengan musim sejuk yang hampir menjelang pada tahun 1441H - 2020M, dan dalam berusaha untuk terus membantu orang Syria yang kehilangan tempat tinggal, pertubuhan (Peduli Insan) melancarkan kempen musim sejuk 20-21 untuk menyokong pelarian yang tinggal di kem di kawasan-kawasan di utara Syria dan kem Ersal di negara Lubnan, mengesahkan kepentingan perpaduan Islam bersama antara rakyat Malaysia dan Syria, masing-masing saling membantu dalam masa kesusahan dan krisis. Kempen Musim Sejuk mengandungi tiga projek besar, ia akan berterus hingga Februari depan, dan projek-projek tersebut adalah: (projek pemanas (heater) - projek pakaian - projek kit makanan), yang mensasarkan (warga emas - anak yatim - orang kurang upaya (OKU) - orang fakir miskin - dan keluarga tanpa pencari nafkah). Ustaz Luqman (Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan) berkata: Kempen Musim Sejuk adalah tugasan wajib dari segi agama, syariah dan akhlak terhadap saudara-saudara kita yang behijrah ke kem-kem di wilayah utara Syria dan kem Ersal, Kerana kami tidak menerima untuk melihat anak-anak Syria mati akibat kesejukan atau menderita banjir berterusan yang memasuki khemah mereka yang usang tanpa memberi sebarang bantuan kepada mereka sekeluarga, inilah misi kami selama lebih dari lapan tahun. Ustaz Luqman menambah: Matlamat kami adalah untuk memberikan bantuan kepada hampir 150,000 keluarga melalui pengagihan yang akan bermula pada bulan depan dan yang akan berterusan sehingga akhir musim sejuk, in sya Allah. Ustaz Luqman menjelaskan isi kandungan projek dan berkata: Projek itu adalah projek bantuan yang membantu pelarian Syria melindungi badan mereka dari kedinginan musim sejuk, salji tebal dan banjir yang berterusan. Di mana projek pemanasan mengandungi (bahan api seperti minyak diesel – kayu api – pemanas (heater) ), sementara projek pakaian mengandungi (topi - mafla – sarung tangan - stokin), dan yang terakhir merupakan projek kit makanan. Perlu diperhatikan bahawa Kempen Musim Sejuk adalah salah satu projek musiman yang paling penting bagi Pertubuhan Peduli Insan kerana keperluan yang mendesak oleh pelarian Syria untuk kempen jenis ini, di mana ia membantu mereka menghadapi kedinginan musim sejuk dan penyakit-penyakit yang timbul akibatnya.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy