Palestin terus bermandi darah.
Ayuh Bantu Mereka!


DONATE



Sekali lagi, Oktober menjadi saksi keganasan rejim Israel apabila satu serangan pengeboman baru saja dilancarkan ke atas bandar Gaza, Palestin. 

Setakat ini saja (7/10/2023), lebih 160 nyawa telah syahid termasuk kanak-kanak dan wanita. Tindakan keji mereka telah mencemarkan kesucian tanah air bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa dengan tentera dan senjata mereka.

Penindasan demi penindasan yang berlaku bagaikan tiadanya tanda penamat kepada kekejaman ini. Dan disebabkan konflik ini, jutaan rakyat menjadi mangsa dan menderita.

Mereka hilang tempat tinggal, terputus bekalan makanan dan terpaksa hidup dalam keadaan trauma dan ketakutan. Sanggup kita lihat saudara kita terus ditindas Israel?

Jadi atas dasar prihatin, Peduli Insan telah melancarkan kempen Tabung Bantuan Kecemasan Palestin bagi membantu saudara kita yang sedang bertarung nyawa mempertahankan bumi Al-Quds.

Dikala kita sedang berehat tenang selesa, saudara kita disana sedang dalam kesusahan tanpa sebarang makanan, minuman dan ubat-ubatan.

Ayuh semua, kita bantu dan menyumbang buat saudara kita disana. Kita mungkin tak mampu untuk berjuang bersama mereka. Sekurang-kurangnya kita mampu membela nasib mereka walau dengan hanya satu ringgit kita ada.

Semoga mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

'Ihsan demi Insan'
One-time donation
You can register for automatic monthly donation using the link below

Click here >>

Note: This donation is for Peduli Insan humantarian projects.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy