Ramadan(13)(0)

KEMBALIKAN SINAR RAMADAN YANG HILANG
BANTU LEBIH 300,000 KELUARGA YANG MEMERLUKAN



Infaq Sekarang


SEDEKAD lebih sudah saudara kita baik di Syria, Palestin dan Yaman menyambut bulan Ramadan di dalam keadaan serba kekurangan. Kita mungkin tidak sabar menantikan bulan mulia, tapi bagi mereka di sana, Ramadan sama macam hari biasa.

Mereka sentiasa bersusah hati memikirkan ada atau tidak makanan untuk bersahur atau berbuka nanti. Hidup dalam keadaan berlapar bukanlah satu perkara baru untuk mereka.

Rasulullah SAW bersabda: 

{مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا}

Maksudnya: "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa." (HR. Tirmidzi) 

PALESTIN - Lebih 2 juta penduduk hampir mati
Ramadan(13)(1)


Dalam tempoh lebih 100 hari pengeboman tanpa henti, rejim Israel menggunakan 6,000 bom seminggu dan bom seberat 2,000 paun (lebih 900 kilogram), di kawasan yang sangat sesak.

Rumah, sekolah, masjid dan hospital musnah. Orang awam diculik, kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan. Lebih 2 juta hampir terputus bekalan makanan dan air. Hingga terpaksan buat roti guna makanan haiwan ternakan. 

SYRIA - Bilangan pelarian terbesar di dalam dunia
Ramadan(13)(2)
Syria pula kekal menjadi krisis pelarian terbesar. Lebih 12 juta penduduk sangat memerlukan bantuan kemanusiaan dan terpaksa hidup susah susah di dalam khemah di negara-negara jiran.
Demi untuk bertahan, mereka sanggup buat apa saja termasuklah menyelongkar sampah, mencari sesuatu untuk dimakan. Kemiskinan dan kenaikan harga barang menyebabkan ramai yang kebuluran.

YAMAN - 80% populasi hidup di bawah garis kemiskinan Ramadan(13)(3)

Mungkin ramai yang terlepas pandang tetapi apa yang berlaku terhadap saudara kita di Yaman pula sangatlah menyayat hati. 

Badan kanak-kanak kurus kering akibat kekurangan zat. Kebuluran berleluasa. Dan tiadanya akses air bersih atau kemudahan sanitasi yang mencukupi. Mungkin ada antara kita tak sedar tapi, antara 1.8 juta kanak-kanak bawah 5 tahun, 400,000 daripadanya berdepan manultrisi akut yang teruk.

Pada satu tahap, Yaman telah dilabel antara negara dengan krisis kemanusiaan terburuk.


"GEMBIRAKAN RAMADAN MEREKA KALI INI"


Sebagai manusia yang ada nilai kemanusiaan dalam diri, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berhasrat untuk berikan yang terbaik demi meringankan beban penderitaan mereka dengan sokongan anda.
Ramadan(13)(4)

Yang menariknya, Peduli Insan mempunyai dapur penyediaan di utara Syria, bandar Azaz, Lubnan, Gaza dan Yaman yang mampu menyediakan sehingga 10,000 set juadah iftar sehari untuk satu keluarga (5-7 orang).

SET IFTAR, SAHUR & KIT MAKANAN

Melalui Kempen Infaq Ramadan (13), ada dua bantuan utama yang kita akan fokuskan. Antaranya:

Juadah Iftar dan Sahur: Kita faham pelarian Syria sukar mendapatkan makanan dan ada kalanya hanya bersahur dengan air kosong dan berbuka dengan kurma sahaja. Dengan infaq anda, moga-moga mereka dapat merasai suasana sebenar di bulan Ramadan dengan adanya hidangan makanan untuk dikongsi dan mendapat kembali tenaga untuk berpuasa esoknya.

Ramadan(13)(5)

Kit Makanan Barangan Asas: Bekalan seperti tepung gandum, beras, gula, minyak dan lain-lain sedikit sebanyak mampu menampung setiap keluarga untuk sekurang-kurangnya 2 minggu. Selepas ini, mereka tak perlu risau lagi jika bekalan makanan terputus.

Ramadan(13)(6)

SEMBELIHAN RAMADAN

Ramadan(13)(7)

Selain itu, Peduli Insan ada juga menyediakan sembelihan sempena Ramadan. Ini adalah satu inisiatif supaya para pelarian berpeluang menjamah hidangan daging bukan sahaja pada Aidiladha tetapi pada hari lain-lain juga.

Alhamdulillah melalui Kempen Infaq Ramadan (12) tahun lepas, Peduli Insan melalui penyertaan anda telah berjaya menggembirakan 331,187 individu dan 66,727 buah keluarga di Syria, Palestin dan Yaman.

Dan insya-Allah untuk tahun ini, sasaran kami adalah untuk membantu:
- 150,000 individu di Syria
- 100,000 individu di Palestin
- 100,000 individu di Yaman

Sekurang-kurangnya, dengan bantuan yang disampaikan ini dapat mengembalikan sinar Ramadan yang sudah lama hilang di sana. Ramadan adalah waktu untuk gembira dan bukannya bersedih.

Kami harap setiap kanak-kanak dan pelarian mendapat merasai kemeriahan suasana Ramadan dan menikmati juadah enak seperti kita di Malaysia ini.


PROJEK INFAQ PEMBINAAN


Selain bantuan set makanan sahur dan iftar, Peduli Insan juga buka peluang baru untuk anda rebut ganjaran kebaikan di bulan Ramadan dengan berinfaq dalam pembinaan tempat pendidikan dan masjid. Ada dua jenis projek infaq yang tersedia.

1) INFAQ BINA SEKOLAH: Menurut UNICEF, lebih 2.4 juta kanak-kanak Syria tidak bersekolah. Oleh itu, Peduli Insan berhasrat untuk bina sekolah di utara Syria yang akan dimanfaatkan kepada anak-anak yatim yang telah kehilangan ibubapa mereka. Semoga dengan infaq pendidikan ini, mereka mampu merubah nasib hidup mereka suatu hari nanti.

2) INFAQ BINA MASJID: Sudah terlalu lama saudara pelarian kita hanya sujud berlantaikan bumi. Khemah yang menjadi tempat mereka berteduh, itulah sahaja yang menjadi 'masjid' mereka. Manfaat utama pembinaan masjid ini tidak hanya bertujuan sebagai tempah ibadah kepada penduduk di kem-kem pelarian sahaja, tetapi juga akan menjadi pusat mengajar dan menghafaz Al-Quran kepada anak-anak di kem sekitar.

Bayangkan, setiap amal kebaikan yang dilakukan di sekolah dan masjid hasil infaq kita ini, akan menjadi pahala yang tidak putus-putus mengalir buat kita. 


Ramadan(13)(5)

Rasulullah SAW bersabda: 

"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
Riwayat al-Bukhari: 37

Ayuh sahabat semua! Disaat kita gembira dan meriah menyambut Ramadan, jangan kita lupa saudara pelarian kita yang berterusan hidup dalam kesukaran. Ringankan beban dan sama-sama kita rebut ganjaran berganda bulan mulia.

One-time donation
You can register for automatic monthly donation using the link below

Click here >>

Note: This donation is for Peduli Insan humantarian projects.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy