AHMAD ABDUL BARI

0%

Raised: RM0

Goal: RM3000

orphan

Ahmad seorang anak yatim berusia 11 tahun.


Dahulu, Ahmad tinggal bersama lima adik-beradiknya dengan bahagia dan stabil bersama ibu dan ayahnya. Ayahnya seorang pemandu teksi telah menyara keluarganya dalam kehidupan yang sederhana.

Namun sebuah roket telah meragut nyawa bapanya. Ia meninggalkan kehidupan dunia yang sukar buat keluarganya yang terdiri dari ibu Ahmad dan enam orang anaknya.


Ibu Ahmad bimbangkan keselamatan anak-anaknya. Justeru ia membawa mereka ke kem pelarian di utara Syria. Di sana ia hanya mampu menyediakan sebuah khemah usang yang tidak akan melindungi mereka daripada kehangatan musim panas atau kedinginan musim sejuk.

orphan

Ibu Ahmad masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan untuk menyara anak-anaknya. Keadaan yang sedia sukar telah menambahkan lagi kerumitan hidup mereka.


Ahmad belajar dengan tekun. Dia kini berada di kelas darjah lima di sekolah kem pelarian. Ahmad berhadap dapat mempelajari teknik menggunting rambut dan ia menganggapnya sebagai cabang seni. 


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Ahmad dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

* Perhatian *

Ahmad pernah ditaja dari Julai 2023 sehingga Jun 2024. Kami memerlukan penaja baru untuk berkongsi kasih sayang bersama Ahmad menerusi Projek Tajaan Anak Yatim Peduli Insan.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.


`Kindness for the sake of humanity`


Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.

Donation Details

RM
Register and start sponsoring using the link below:

Senangpay.my

Note: *This orphan sponsorship project is for a period of one year. Payment must be made monthly.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy