Alaa, kanak-kanak Syria yang baru berusia 3 tahun.
Alaa bersama 9 lagi ahli keluarnya tinggal di sebuah rumah usang. Rumah itu hanya mempunyai dua bilik.
Ketika Alaa masih bayi, Alaa telah disahkan menghidap penyakit Maningitis, iaitu Selaput Otak.
Atas faktor kekurangan tenaga pakar dan juga doktor perubatan, ditambah pula dengan kesukaran mendapatkan ubat-ubatan, kesihatan Alaa didapati semakin merosot. Alaa kini sedang mengalami atrofi otak.
Alaa kini sering diserang sawan yang teruk, kesukaran bernafas dan paru-parunya sering mendapat jangkitan. Dia tidak lagi mampu untuk makan, minum atau bergerak seperti kanak-kanak lain.
Ibu bapa Alaa melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh anak perempuannya. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka tak punya wang untuk merawat Alaa.
Kata bapa Alaa, dia sendiri sering tidak mampu menyediakan makanan, malah membeli roti buat tujuh orang anaknya.
Peduli Insan berusaha untuk membantu Alaa dengan membiayi kos ubatan serta rawatan yang diperlukannya selama setahun.
Jumlah kos rawatan Alaa adalah sebanyak RM7,520
Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menolong hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya” HR Muslim
Marilah kita sama-sama membantu Alaa.
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Alaa
Sila hubungi jabatan kes di
Kes@peduliinsan.org
untuk maklumat lanjut