Kes Kecemasan "Hussin"

100%

Raised: RM7450

Goal: RM7450

cause

Hussin, bayi Syria yang berusia 7 bulan.


Walaupun Hussin masih bayi, namun dia tak mampu tersenyum riang dan ketawa gembira seperti bayi lain yang seusia dengannya.

 

Sejak lahir dia hanya merasai kesakitan dan hidupnya penuh dengan tangisan.

 

Kelahiran Hussin yang sepatutnya menjadi kegembiraan buat ibu dan ayahnya itu berubah menjadi kerisauan apabila Hussin dilahirkan dalam keadaan dia menghidap Meningocele.

 

Ketika dilahirkan, terdapat ketulan ketumbuhan di belakang badannya dan ketumbuhan itu semakin hari semakin membesar dengan begitu cepat.

Ketulan itu memberi kesan yang besar terhadap proses tumbesaran Hussin.

 

Ia juga menyebabkan kecacatan pada kaki Hussin dan berkemungkinan Hussin tidak akan dapat berjalan suatu hari nanti.


Oleh sebab itu, Hussin perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang ketulan tersebut. Jika tidak, nyawa dan kesihatan Hussin akan berada dalam bahaya.


Tiada harapan dan impian lain yang ibu ayah Hussin harapkan melainkan untuk melihat Hussin sihat dan membesar dalam keadaan baik seperti kanak-kanak lain. 


Keluarga Hussin tinggal di dalam khemah yang kecil di Utara Syria. Khemah itu tak mampu untuk menampung teriknya kepanasan dan kesejukan pada musim sejuk.


Peduli Insan berusaha sedaya upaya untuk membantu Hussin mendapatkan kos rawatan bagi menjalankan pembedahan yang sangat diperlukannya.

cause

Jumlah kos pembedahan yang diperlukan adalah sebanyak RM7,450


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

Ayuh hulurkan ihsan dan bantu beri harapan kepada keluarga Hussin.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Hussin


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil Peduli Insan melalui kes@peduliinsan.org

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy