Kes Kecemasan " Alaa Al-Aqeel"

100%

Raised: RM9200

Goal: RM9200

cause

Penderitaan Alaa berterusan. Setiap hari anak kecil ini menangis kesakitan.

SEDIH, KASIHAN, sudah semestinya. Tapi inilah realiti yang mesti dilalui oleh Alaa, berusia 6 tahun ini yang merupakan seorang kanak-kanak Syria yang menghidap Meningitis, atau jangkitan pada selaput otak. 

Disebabkan penyakit ini, Alaa sering mengalami serangan-serangan sawan yang sangat merisaukan dan juga masalah atrofi otak.

Walaupun Alaa pernah ditaja selama setahun oleh Peduli Insan sebelum ini, keadaan kesihatan Alaa masih lagi belum positif bahkan semakin hari semakin merosot. 

Dia tidak boleh bergerak sendiri, bercakap, mendengar, muntah-muntah kesan daripada penyakit tersebut. 

Alaa masih lagi memerlukan dana untuk rawatan dan ubat-ubatannya. Jika tidak, ia mungkin membawa kepada maut. 

cause

Tapi apa yang mampu dilakukan oleh ibu bapa Alaa? Dengan keadaan kewangan mereka sekarang, mereka cuma boleh berdoa dan berserah sahaja melihat anak mereka terbaring lemah, kesedihan, disaat rakan-rakan seusia Alaa gembira bermain. 

Bahkan untuk menyediakan makanan walau sahaja roti sudah menjadi tugas yang sukar bagi mereka, apatah lagi menampung kos perubatan yang sangat mahal. 

cause

Jadi, Peduli Insan hadir sekali lagi untuk meringankan kesusahan yang ditanggung Alaa dan ibu bapanya. 
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM9,200
 
Sudikah insan baik di luar sana membantu meringankan beban Alaa sekeluarga? Ayuh kembalikan kegembiraan dan bantu Alaa untuk sembuh semula.
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Alaa Alaqeel

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy