ISRA` LETFU

0%

Raised: RM0

Goal: RM3000

orphan

Isra` seorang anak yatim perempuan yang berusia 8  tahun.


Adik-beradik Isra` sempat merasai belaian kasih bapa mereka. Namun Isra` lahir ke dunia dalam keadaan yatim. 


Bapanya dahulu seorang peniaga yang bertungkus-lumus menyara keluarganya yang terdiri daripada seorang isteri dan enam orang anak. Namun bapanya terkorban dalam serangan peluru mortar sebulan sebelum Isra` dilahirkan.

Kehidupan keluarga tersebut menjadi tempang selepas kehilangan ketua keluarga. Mereka kemudiannya berpindah ke kem pelarian di utara Syria dan tinggal di dalam khemah.


Ibu Isra` sukar mendapat pekerjaan dan ia merasa sedih melihat anak-anaknya membesar di dalam khemah. Namun ia bersyukur kerana Isra` diberi ruang untuk bersekolah di kem tersebut.

orphan

Isra` berada di kelas darjah satu dan belajar menjahit. Dia berharap ketika dewasa kelak dapat memberikan kehidupan yang baik kepada ibunya dan adik-beradiknya.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Isra` dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

* Perhatian *

Isra' pernah ditaja dari April 2023 sehingga Mac 2024. Kami memerlukan penaja baru untuk berkongsi kasih sayang bersama Isra' menerusi Projek Tajaan Anak Yatim Peduli Insan.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.


`Kindness for the sake of humanity`


Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.

Donation Details

RM
Register and start sponsoring using the link below:

Senangpay.my

Note: *This orphan sponsorship project is for a period of one year. Payment must be made monthly.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy