Abdul Rahman seorang anak yatim berusia 10 tahun.
Dahulu Abdul Rahman hidup bahagia bersama ibu, bapa dan 3 orang adik beradiknya. Bapanya merupakan seorang buruh binaan bergaji sederhana yang berusaha membahagiakan anak-anaknya.
Penantian Abdul Rahman berakhir dengan kekecewaan apabila bapanya diberitakan terbunuh dalam penjara kerana menerima seksaan yang berat.
Setelah kematian bapa, keluarga Abdul Rahman berpindah ke utara Syria dan menetap di dalam khemah di kem pelarian yang terletak di luar bandar, utara Aleppo.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya .
H.R Muslim
Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.
Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.
`Kindness for the sake of humanity`
Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.