PELANCARAN KEMPEN EDU 4 INSAN

our_news

Dated: 12-08-2026


post
Membuka Jalan Pendidikan Buat Anak-Anak Yaman Melalui Edu 4 Insan  

Pendidikan merupakan asas yang membentuk masa depan setiap insan.  

Melalui pendidikan, kanak-kanak bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan, malah membina keyakinan, mengembangkan potensi diri dan mencipta peluang untuk mengubah kehidupan mereka. 

Namun, bagi ribuan kanak-kanak di Yaman, peluang untuk mendapatkan pendidikan semakin sukar dicapai.  

Konflik yang berpanjangan telah menjejaskan pelbagai aspek kehidupan, termasuk sistem pendidikan negara.  



post
Banyak sekolah rosak atau tidak lagi dapat beroperasi, manakala jumlah sekolah yang masih berfungsi pula tidak mampu menampung peningkatan bilangan kanak-kanak yang memerlukan akses kepada pembelajaran. 

Menyedari hakikat ini, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia melancarkan Kempen Edu 4 Insan sebagai satu usaha untuk membuka semula pintu pendidikan kepada anak-anak Yaman yang terkesan. 

Melalui kempen ini, Peduli Insan akan membina sebuah sekolah di daerah Ma'rib, Yaman, yang menjadi penempatan kepada ramai keluarga yang terpaksa berpindah akibat konflik.  

Sekolah ini diharapkan dapat menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk kanak-kanak meneruskan pendidikan mereka. 



post
Selain pembinaan sekolah, Peduli Insan turut akan menyediakan keperluan asas persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan kelengkapan pembelajaran bagi membantu meringankan beban keluarga serta memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih baik. 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim) 

Hadis ini mengingatkan kita bahawa menyokong usaha pendidikan merupakan antara amalan yang manfaatnya dapat berterusan.  

Ilmu yang dipelajari dan dimanfaatkan akan terus memberi kesan kepada kehidupan seseorang, malah mampu memberi manfaat kepada masyarakat untuk generasi akan datang. 





post
Sehubungan itu, Peduli Insan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan Kempen Edu 4 Insan.  

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab lebih ramai anak-anak Yaman dapat kembali ke sekolah, meneruskan pembelajaran dan membina masa depan yang lebih cerah. 




`Kindness for the sake of humanity`


Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy