PELANCARAN KEMPEN SUAPAN KASIH

our_news

Dated: 01-11-2026


post
Satu Suapan, Satu Tanda Kasih Buat Yang Memerlukan.  

Makanan merupakan keperluan asas setiap insan. Namun, krisis kemanusiaan, konflik, bencana, dan kesukaran hidup menyebabkan masih ramai keluarga bergelut demi sesuap makanan. 

Atas kesedaran terhadap keperluan ini, Peduli Insan dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Suapan Kasih, sebuah kempen bantuan makanan yang diwujudkan bagi menyampaikan sokongan kepada komuniti yang memerlukan melalui penyediaan bantuan makanan. 

post
Nama Suapan Kasih membawa makna yang cukup dekat dengan nilai kemanusiaan, bahawa setiap bantuan yang diberikan bukan sekadar memenuhi keperluan asas, tetapi juga menjadi tanda keprihatinan, kebersamaan dan rasa peduli terhadap mereka yang sedang melalui kesukaran. 
post
Dan melalui kempen ini, bantuan makanan akan disalurkan kepada komuniti yang memerlukan di Palestin, Syria, Yaman, Malaysia serta negara lain yang terkesan, dalam bentuk makanan siap dimakan serta bantuan barangan makanan asas. 

Berbeza daripada kempen-kempen utama Peduli Insan seperti Ramadan dan Qurban, Suapan Kasih memberi fokus khusus kepada bantuan berasaskan makanan, agar bantuan dapat disampaikan mengikut keperluan semasa tanpa terikat kepada musim atau tempoh tertentu. 

post
Dengan pelancaran kempen Suapan Kasih, Peduli Insan berharap usaha ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk berkongsi rezeki, menyampaikan bantuan dan  menghadirkan sedikit kelegaan kepada mereka yang sedang melalui kesukaran. 

Kerana kadangkala, satu suapan mungkin kelihatan sederhana bagi kita, tetapi membawa makna yang besar buat mereka yang menerimanya. 


`Kindness for the sake of humanity`


Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy