kes kecemasan "Qasim"

100%

Jumlah Semasa: RM9804

Sasaran: RM9804

cause
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia, adalah yang paling bermanfaat buat manusia lain"

Qasim, seorang lelaki Syria yang tinggal di Malaysia selama 6 tahun bersama enam anaknya dan isterinya.

Beliau berkerja di pelbagai restoran sejak kedatangannya hingga awal krisis COVID-19, lalu dia menjadi penganggur dan tidak dapat membayar sewa rumah atau mencari nafkah untuk anak-anaknya.
Beliau juga menderita selaput putih di matanya, lalu penyakit itu berpindah ke mata kedua dalam beberapa bulan kemudian.

Ini disebabkan oleh ketidakmampuan kewangannya untuk menanggung kos rawatan sehingga kekurangan penglihatan pada mata pertama mencapai 95% dan mata kedua mencapai 80%.

Beliau hampir kehilangan kemampuan untuk melihat sepenuhnya jika keadaan kesihatannya tidak dirawat dengan segera.

Pembedahan pertama dilakukan untuk mata pertama pada 04/01/2021.

Pesakit sekarang memerlukan pembedahan kedua dan memerlukan bantuan kewangan kecemasan agar dia tidak diusir dari rumah bersama keluarganya kerana tidak mampu membayar sewa.

Keadaan kesihatan Qasim memerlukan lebih kurang RM8355.
Jom menyumbang bersama kami untuk menyelamatkan matanya dari kehilangan penglihatan jika rawatan tidak segera dilakukan.


Catatan: Kes Qasim dan keluarganya adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Qasim dan keluarganya, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy