kes kecemasan "Naya"

100%

Jumlah Semasa: RM13454

Sasaran: RM13454

cause
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Siapa hilangkan satu penderitaan seorang muslim maka Allah akan hilangkan satu dari beberapa penderitaan di hari kiamat”.
Naya Ahmad, seorang bayi Syria, berusia tiga bulan setengah, tinggal bersama keluarganya di Kuala Lumpur. Sejurus selepas dilahirkan, gadis itu terkena penyakit kuning dan muntah berterusan tanpa henti.
Beliau dikejarkan ke hospital oleh ayahnya, dan didapati oleh doktor bahawa terdapat keradangan (kista kuning) di atas hati anak, yang menyebabkan kesukaran untuk menghadamkan makanan, Para doktor meminta kepada ayah bayi itu (Naya) untuk melakukan imbasan MRI dan pembedahan secepat mungkin bagi gadis itu.
Ibu bapa gadis itu berada dalam keadaan kewangan yang sangat buruk, di mana ayah gadis itu adalah satu-satunya pencari nafkah bagi sepuluh individu, dan mereka berusaha sekuat tenaga untuk mencari jalan penyelesaian dan mengumpulkan jumlah yang diperlukan untuk imbasan MRI dan pembedahan, yang mana dianggarkan dalam (RM14,200), tetapi  setakat ini mereka tidak menemui lagi jalan penyelesaian untuk musibah ini.
Bantu kami menyelamatkan nyawa Naya sebelum terlambat, kerana keluarganya dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan yang besar terhadap nasib gadis kecil mereka.

Catatan: Kes Naya dan keluarganya adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Naya dan keluarganya, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy