Kes Kecemasan " Judy "

100%

Jumlah Semasa: RM7480

Sasaran: RM7480

cause

Judy, seorang anak Syria berusia 9 tahun.

 
Judy telah menghidap atrofi otot sejak dilahirkan. Penyakitnya itu menjadi semakin serius dari hari ke hari.

 
Judy mengalami kesukaran untuk berjalan, berdiri dan duduk. Lebih merisaukan, tulang belakangnya juga mula membengkok (skoliosis).

 
Keadaan Judy semakin teruk selagi tidak mendapat rawatan. Bukan itu saja, Judy juga mengalami masalah pernafasan dan jantung. Dalam masa yang sama, kesakitan lain berterusan mengganggunya.

Judy boleh diselamatkan jika dirawat secepat mungkin. Jika tidak, dia terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayatnya.

 
Keluarga Judy mengalami kemiskinan yang melampau. Ibunya sering tidak menemui apa-apa selain roti kering dan air untuk menyara empat anaknya yang masih kecil.

 

Keluarga Judy merayu kepada semua yang prihatinn agar menyumbang untuk rawatan anak perempuan mereka dan menamatkan kesakitannya.

 
Peduli Insan berusaha untuk membantu Judy dengan membiyai kos rawatan terapi fizikal dan ubat-ubatan selama setahun.

 

Jumlah kos rawatan adalah sebanyak RM 7,480 

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu menolong saudaranya” 

HR Muslim

 
Mari kita sama-sama meringankan kesakitan Judy.

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Judy


Sila hubungi jabatan kes di alamat berikut

Kes@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut

please share on:

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy