Tabung Bantuan Prihatin "Adik Iman"

100%

Jumlah Semasa: RM10298

Sasaran: RM10000

cause

Luluh hati seorang ibu melihat anak yang dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna, sedikit demi sedikit kesihatan dan keadaannya berubah.

 

Adik Iman Qalisya disahkan menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa sewaktu berusia 2 bulan. 

 

Epidermolysis Bullosa atau juga dipanggil sebagai Kulit Kupu-Kupu kerana kulit orang yang menghidap penyakit ini rapuh seperti sayap rama-rama.

 

Kulit Adik Iman melepuh di sebahagian besar tubuhnya. Kulit jari kaki dan tangan Iman antara yang teruk melepuh selain di celahan betisnya.

 

Kesihatan Iman dilihat semakin merosot. Iman semakin kurusan dan kurang memberi respon positif kepada ibu dan bapanya.

Jika kanak-kanak sebaya Iman kini sudah pandai merangkak, namun Iman hanya mampu terbaring sambil menahan kesakitan yang tak tergambar.

 

Sungguh, kesakitan yang ditanggung oleh Adik Iman bukannya sedikit, tapi juga cukup perit jika terkena kepada kita yang sudah dewasa.

 

Iman memerlukan penjagaan khusus setiap hari. Perutnya tak mampu untuk menerima susu biasa, kulitnya juga tak tahan memakai lampin pakai buang biasa.

cause

Pelbagai ubatan juga diperlukan untuk merawat luka pada kulit Iman yang merepuh. Selain itu, Iman juga perlu menjalani pelbagai rawatan untuk memastikan keadaannya sentiasa stabil dan sihat.

 

Penjagaan dan rawatan Iman memerlukan kos belanja yang besar. Iman tidaklah datang dari keluarga yang senang. Tapi dia lahir dari keluarga yang sanggup berusaha sehabis mungkin demi melihat Iman sihat seperti anak-anak lain di dunia ini.

 

Ayuh, sama sama kita bantu ringankan beban keluarga Iman. Kita bantu Iman untuk terus sihat dan mampu tersenyum seperti dulu.

 

Semoga sedikit yang kita hulurkan, besar ganjaran di sisi Allah, besar juga rahmat dan bantuan yang Allah kurniakan.

 

Kos keperluan Adik Iman RM10,000

cause

Jom sama-sama hulurkan sedikit sumbangan bagi menampung kos rawatan dan penjagaan Iman.


  Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Adik Iman


Semoga Adik Iman akan kembali sihat dan tersenyum riang.


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy