Tabung Bantuan Prihatin "Adik Umairah"

100%

Jumlah Semasa: RM10800

Sasaran: RM10800

cause

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anaknya tidak lagi aktif dan seceria dulu. Umairah dilahirkan dan membesar dalam keadaan sihat normal seperti kanak-kanak lain. Dia bermain, berlari, bercakap, bergelak ketawa dan belajar di sekolah.

 

Namun, segalanya berubah apabila Umairah secara tiba-tiba muntah secara berulang kali. Walaupun sudah diberikan ubat seperti yang disarankan oleh doktor dari klinik perubatan, Umairah tetap tidak berhenti daripada muntah. Malah, Umairah juga dilihat semakin lemah dan bagaikan sudah tak mampu mengawal diri sendiri.

Berderai air mata si ibu apabila mengetahui hasil pemeriksaan awal hospital mendapati ada ketumbuhan di dalam otak Umairah. Keesokannya, pembedahan kecemasan segera dijalankan bagi membuang ketumbuhan itu.

Selepas 12 jam, pembedahan pun berakhir. Namun tidak semua ketumbuhan itu dapat dibuang kerana sebahagiannya berada di bahagian saraf. Hasil daripada pembedahan itu mendapati adik Umairah rupanya menghidap penyakit Medulloblastoma (stage 5) atau cancer otak tahap 5.

Umairah telah pun menjalani 2 kali pembedahan pada otaknya, dan 30 kali sesi rawatan radioterapi & kimoterapi. Namun, keadaan Umairah masih begitu dan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

cause

Anak berusia 6 tahun ini kini hanya terlantar di atas katil. Tidak boleh bergerak, bercakap dan makan. Umairah hanya bergantung sepenuhnya kepada susu. Umairah memerlukan penjagaan khusus yang menelan belanja yang besar setiap bulan. Ayahnya hanya seorang petani, ibunya pula suri rumah dan menguruskan segala keperluan Umairah dan adiknya di rumah.

 

cause

Umairah memerlukan bantuan kita. Ayuh bantu ringankan beban keluarga Umairah dengan sama-sama menghulurkan sumbangan buat Umairah. Semoga Allah lindungi dan pulihkan Umairah dari segala kesakitan yang dialami. Semoga ada keajaiban buat adik Umairah. Bantu Umairah untuk terus bertahan.

Sumbangan anda juga bakal menyelamatkan nyawa Adik Umairah.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Adik Umairah


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy