Tabung Bantuan Prihatin "Adik Fayyadh"

100%

Jumlah Semasa: RM18020

Sasaran: RM18000

cause

Sejak dilahirkan, sistem pencernaan adik Fayyadh tidak berkembang dengan baik dan adik Fayyadh sudah menjalani 2 siri pembedahan. Namun sehingga kini, adik Fayyadh terpaksa vergantung kepada beg stoma untuk membuang air besar.

 

Malah, usus adik Fayyadh juga mudah dijangkiti kuman dan penyakit. Ia akan menyebabkan keadaan kesihatan adik Fayyadh merosot. Sekiranya itu berlaku, kemaluannya akan memberi dan adik Fayyadh akan mengalami demam.

Siapa sangka, sedang si ibu gigih menjaga anaknya yang sedang sakit rupanya dia juga mengalami masalah kesihatan yang membimbangkan.

 

Ketika adik Fayyadh berusia setahun, Puan Zakirah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4. Menerima pengkhabaran ini, sudah pasti membuatkan dia terduduk. Tambahan pula dalam keadaan kesihatan anaknya juga bermasalah. Namun, hidup perlu diteruskan.

 

Puan Zakirah telah menjalani 2 kali proses kimoterapi. Kini Puan Zakirah banyak bergantung kepada bantuan mesin pernafasan terutamanya pada waktu malam dan pada ketika dia mengalami kesesakan untuk bernafas.

cause

Sudah tentu, tidak sedikit wang yang diperlukan untuk merawat dirinya dan anaknya. Sebelum ini Puan Zakirah dan suaminya menjual roti canai di kafe Universiti Utara Malaysia (UUM), namun setelah keadaan kesihatannya semakin merosot, mereka terpaksa berhenti dari berniaga di situ.

 

Kini suami Puan Zakirah hanya bekerja separuh masa di kedai makan kawannya memandangkan banyak waktu diperlukan untuk dia menjaga isteri dan anak-anaknya.

 

Tak sedikit wang yang diperlukan bagi menampung kos rawatan dan perbelanjaan harian adik Fayyadh dan ibunya, Puan Zakiah. Tong oksigen Puan Zakirah perlu diisi setiap minggu. Adik Fayyadh pula perlu meminum susu khas dan memakai lampin istimewa.

cause

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

 

Peduli Insan berusaha untuk membantu meringan beban yang dialami oleh keluarga ini. Ayuh hulurkan sedikit bantuan bagi memberi sedikit kelegaan buat adik Fayyadh dan Puan Zakirah.

cause

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba-nya itu membantu saudaranya."


  Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Adik Fayyadh


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy