Kes Kecemasan " Shams "

100%

Jumlah Semasa: RM32100

Sasaran: RM32100

cause

Belum sempat membuka mata, Shams, bayi Syria berumur 15 hari telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. 

 

Bapanya meninggal dunia enam bulan lalu sewaktu dia masih dalam kandungan. Dan selepas dilahirkan, ibunya pula telah dijemput tuhan beberapa kemudian. 

 

Adik Shams dilahirkan di dunia tanpa sempat merasai kasih sayang ibu bapa. Dia juga tak mempunyai saudara mara atau keluarga yang lain.

 

Apa yang lebih menyedihkan, adik Shams dilahirkan dengan kecacatan tulang belakang, atau myelomeningocele dan hidrosefalus, iaitu lebihan cecair dalam otak.

 

Kedua-dua penyakit ini sangat serius dan jika tak dirawat segera, Shams mungkin akan mati!

Tapi, siapa yang akan bantu dia? Siapa yang akan bayar kos rawatan pembedahannya? Adik Shams keseorangan di dunia. Saat ini, Peduli Insan adalah satu-satunya harapan yang dia ada.

 

Jumlah kos pembedahan yang diperlukan adalah RM32,100. Jom semua, kita bantu selamatkan dia.

cause

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”


 
Kita boleh jadi keluarga untuk adik Shams. Dia tidak keseorangan, adik Shams masih ada kita semua. 

 
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Shams

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org

cause

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy