5 Disember 2022 lalu, Peduli Insan berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Pusat Zakat Pulau Pinang. Peduli Insan juga sempat beramah mesra dan mengadakan sedikit perbincangan bersama Ustaz Mohammad Kairi bin Ghazalli selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang. Turut sama hadir, Ustaz Roslan dan Dr Wafdi.
Kami di Peduli Insan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Zakat Pulau Pinang atas layanan serta kerjasama yang dijalinkan. Semoga segala perbincangan akan membuahkan hasil sekaligus mewujudkan kerjasama erat antara Peduli Insan dan Zakat Pulau Pinang. Insya-Allah.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.