Peduli Insan dengan sukacitanya melancarkan Kempen Infaq Bina Masjid sebagai satu inisiatif bagi membantu menyediakan rumah ibadah yang lebih selesa dan sempurna untuk komuniti Islam yang memerlukan.
Masjid sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat bukan sekadar tempat menunaikan solat, bahkan berfungsi sebagai pusat kehidupan umat Islam.
Ia menjadi tempat pembelajaran, perbincangan, penyatuan masyarakat serta pusat pentadbiran ummah.
Walaupun fungsi tersebut masih relevan sehingga hari ini, realiti di sesetengah tempat menunjukkan masih terdapat komuniti Islam yang tidak mempunyai kemudahan masjid yang sempurna.
Sehubungan itu, kempen ini diwujudkan bagi menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa, dan sesuai untuk kegunaan ibadah masyarakat setempat.
Pembinaan sebuah masjid bukan sahaja memberi manfaat kepada orang dewasa, malah menjadi pusat pendidikan awal bagi kanak-kanak dalam mempelajari Al-Quran, selain menjadi tempat berkumpulnya jemaah dalam suasana yang lebih teratur dan kondusif.
Ini adalah kempen yang akan sentiasa berterusan sepanjang tahun. InsyaAllah, dengan sokongan dan sumbangan orang ramai, lebih banyak kawasan dapat dibantu untuk membina masjid.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah di syurga.” (HR Bukhari & Muslim)
Peduli Insan menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyokong Kempen Infaq Bina Masjid ini sebagai usaha menghidupkan semula fungsi masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan penyatuan ummah di kawasan yang memerlukan.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.